Tuesday, December 11, 2012


"Bertuturlah Cinta, mengucap satu nama, seindah sabdamu dalam goresanmu...." . hmm..sejak akhir-akhir nie memang sangat suka layan lagu nie, mula jadi layan lagu nie bila rasa ada masalah, kadang-kala x semuanya berjalan dengan baik kan.. kita hanya manusia biasa, tetapi Allah swt saja yang menentukan segala-galanya..saya sangat bahagia menjadi seorang muslimah, bahagia menjadi seorang anak, bahagia menjadi sahabat, dan bahagia menjadi seorang kekasih..namun saya sedar bahawa hidup ini cuma sementara, ajal maut jdoh pertemuan itu di tangan Allah. kalau dulu, saya sering terfikir, apa harus saya lakukan apabila hati berasa sedih, gundah-gulana..apatah lagi apabila berdepan dengan masalah yang kadang-kala menganggu proses seharian..dan of course la, lagu "Ketika Cinta Bertasbih" nie, ditujukan buat sang kekasih yang sedih hatinya, namun masih mengharap pada yg Esa, memohon seribu doa agar cinta yang terjalin di antara sang lelaki dan wanita, berjalan lancar hendaknya. sejujurnya, lagu ini sangat memeberi makna pada saya, kerana secara tak langsung, ia mengingatkan saya pada Allah swt. betapa hebat kan penangan sebuah lagu, yang terus sahaja membuat kita ingat pada yg Esa? itulah kebaikan yang disalur melalui sebuah lagu. so, not all songs give us the bad impact. right? :')

pernah saja rasa sedih..menangis...gadis mana yang x pernah menangis kan..gadis itu lembut hatinya...rapuh..kadang-kadang dok saja-saja pon boleh nangis..bak kata UAI - "hati gadis memang rapuh. hanya lelaki sejati saja boleh mengubatinya" . subhanallah. maka kaum-kaum lelaki di luar sana, janganlah kamu mara yer pada gadis anda, jika si dia menangis? pujuklah dia yer? kadang-kadang perempuan nie bukan sengaja nak mengada-ngada, tapi sudah lumrah dalam hatinya macam tu. nak buat macam mana :(
tapi yang si gadis tu pulak, janganlah melebih-lebih pulak yer? hehehe. kesian si boy tu nak pujuk. jenuh.

hmmm...nak dijadikan cerita, memang. saya akui, terkadang, hati berasa sedih dan terkilan oleh apa-apa sahaja lah yang berkisar di dalam kehidupan remaja ini.. sejadah, Al-Quran dan zikrullah sahaja lah menjadi penawar. kadang-kadang, bila saya rindu pada-Nya, dan pada si dia juga, mengalir air mata ini, hanya Allah saja yang tau perasaan ini. berderai-derai air mata yang jatuh..tapi xpalah, Allah tu kan ada? HAVE FAITH IN HIM. DIA SENTIASA MENDENGAR LUAHAN ISI HATI KITA. kadang-kadang x semua orang blum tntu ada masa untuk dengar luahan hati kita. ya dak?  hanya Allah sahaja "sahabat sejati kita teman di kala suka dan duka"

so, if you've been ignore, EXPRESS IT TO ALLAH. He;s there for you.

No comments:

Post a Comment